Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com

Drama Yes Boss Slot Dramady TV3 Episod 1 Hingga Tamat


Drama YES, BOSS! merupakan adaptasi daripada novel karya penulis Areila Sahimi. Drama terbitan Zeel Production ini akan mula bersiaran di kaca TV mulai 15 Februari 2014 di slot Dramady TV3 pukul 6 petang. Pelakon utama ialah Fahrin Ahmad sebagai Ilham dan Emma Maembong sebagai Aryana.

Sinopsis : Drama YES BOSS! menceritakan tentang seorang gadis bernama Aryana yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Ilham. Ilham memiliki rupa paras yang kacak dan sifat ego yang tinggi. Ilham tidak sukakan Aryana kerana baginya Aryana tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu peribadinya.

Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan mempunyai bentuk badan yang ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana dari syarikat milik bapanya, Dato’ Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar.

Setiap kali Ilham memberi arahan, Aryana harus menjawab “Yes Boss!”. Aryana juga terpaksa bersubahat setiap kali Ilham tidak hadir ke pejabat dan mengingatkan semua temu janji Ilham bersama teman-teman wanitanya. Ilham sering terlupa dengan temu janjinya kerana dia mempunyai ramai teman wanita.

Dalam diam rupanya Aryana menyimpan perasaan terhadap Ilham tetapi sering dinafikannya. Aryana hanya mampu memendam perasaannya terhadap Ilham kerana Hati Aryana sering terluka akibat sikap kaki perempuan Ilham.

Sikap kaki perempuan Ilham mula berubah apabila dia mengenali Melina. Ilham merasakan Melina adalah calon sesuai untuk dijadikan sebagai isterinya. Ilham turut meminta pertolongan Aryana untuk mencari hadiah yang sesuai buat Melina. Meskipun, Aryana sedih kerana lelaki idamannya sudah bertemu cinta hati namun dia tetap berusaha menggembirakan Ilham dengan membantu menyatukan bosnya itu dengan Melina.

Tanpa disedari rupanya Melina mempunyai agenda tersendiri. Melina berpakat dengan Jeffry iaitu pesaing utama perniagaan Ilham untuk merebut tender projek dan menjatuhkan syarikat Ilham. Setelah Ilham dan Melina bertunang, Jeffry mula memainkan peranannya dengan memikat Aryana namun rancangannya gagal kerana Aryana dapat menghidu sesuatu yang tidak baik tentang Jeffry terhadap dirinya.

Apabila Aryana ternampak Melina keluar bersama Jeffry, dia dan pembantu pemandu kereta Ilham, Harun mula menyiasat hubungan mereka berdua. Aryana dan Harun cuba memberitahu Ilham tentang Melina. Namun, Ilham tidak mempercayainya dan menuduh mereka berdua sengaja mengadakan cerita. Aryana sakit hati dan berhenti dari berkhidmat di syarikat Ilham. Kemudian, Aryana membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya.

Lain pula ceritanya apabila Aryana berada di kampung. Udin, rakan lama Aryana masih menagih cinta Aryana. Sementara itu, ketiadaan Aryana membuatkan Ilham tidak keruan. Ilham memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan pembantu peribadinya. Dia mula merindui gadis itu dan menyedari dia telah jatuh cinta pada Aryana.

Ilham pergi ke kampung Aryana dengan harapan yang tinggi untuk memujuk Aryana agar kembali bekerja sebagai pembantu peribadinya. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Ilham untuk memenangi hati Aryana. Tambahan pula, Ilham terpaksa bersaing dengan Udin untuk merebut hati Aryana. Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya sebelum ini? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang akan menjadi pilihan Aryana? Adakah Udin yang setia menunggu Aryana dari dulu lagi? Atau Ilham, jejaka idaman Aryana?

Ikuti drama bersiri Drama Yes Boss yang menampilkan Fahrin Ahmad sebagai Ilham dan Emma Maembong sebagai Aryana di slot Lestary pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang di TV3. Dibawah terdapat senarai link menonton drama ini secara online atau pun terus download ke dalam PC anda. Selamat menonton dan mendownload. Jangan lupa Bookmarks! Open link in new tab atau tekan Ctrl + klik pada link.

Episod 1 Tonton dan Download : ENTER

Episod 2 Tonton dan Download : ENTER

Episod 3 Tonton dan Download : ENTER

Episod 4 Tonton dan Download : ENTER

Episod 5 Tonton dan Download : ENTER

Episod 6 Tonton dan Download : ENTER

Episod 7 Tonton dan Download : ENTER

Episod 8 Tonton dan Download : ENTER

Episod 9 Tonton dan Download : ENTER

Episod 10 Tonton dan Download : ENTER

Episod 11 Tonton dan Download : ENTER

Episod 12 Tonton dan Download : ENTER

Episod 13 Tonton dan Download : ENTER

Episod 14 Tonton dan Download : ENTER

Episod 15 Tonton dan Download : ENTER

Episod 16 Tonton dan Download : ENTER

Episod 17 Tonton dan Download : Coming soon. Sabtu dan Ahad 6pm.

# Berikan 1 like dibawah sebagai tanda sokongan anda terhadap kami.



# Untuk update yang lebih pantas follow saya melalui twitter.



# Untuk tidak ketinggalan, langgan update drama ini terus menerus melalui email anda.

11 comments:

  1. Replies
    1. Best cos ada emma ngan fahrin. Sesuai sgt jd loving couple! sweet...

      Delete
  2. Assalam..
    X blh nk dload la dr ep. 5smp 10 tu.. Knp ya?

    ReplyDelete
  3. i like drama ni.....<3

    ReplyDelete
  4. Memang best giler cite ni.x sabar nk tengok episod seterusnya every weekend..

    ReplyDelete
  5. 5 hga 10 x leh dwnload..pls fix..klu x nk fix remove blog..

    ReplyDelete
  6. Bukan episod 17 dah kuar ke? Knp x de?

    ReplyDelete
  7. napa takda sambungannya kat sini

    ReplyDelete
  8. dahla hari2 keje tak sempat nak tengok kat tv adoi i...

    ReplyDelete
  9. Kenapa episode 17 - 20 x de lg??

    ReplyDelete
  10. Kenapa episode 5,10 takbleh dwnload

    ReplyDelete

- Kalau dah baca jom komen.
- Kalau tiada blog pun boleh komen, pilih Name/URL(fb, dll).
- Jangan lupa like Facebook Page Kami ←LIKE US

My Ping in TotalPing.com ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Also available at Ping.sg & Ping My Url